|
From: <jav...@li...> - 2000-10-06 00:49:27
|
Saya menghadapi masalah untuk download RealJ tu disebabkan masalah bandwith disana. Setelah saya cari-cari program lain yang 'freeware' dan mungkin boleh digunakan saya temui JCreator 1.51. Kepada rakan2 yang mahu cuba program tersebut bolehlah download di alamat berikut: http://java.tucows.com/adnload/134653_46703.html Walaupun saya tidak terlibat dengan pengaturcaraan dalam projek kita ni tetapi saya tetap akan ambil tahu pasal Java ni. Sebenarnya beberapa bulan dahulu telah pun saya beli dua buku iaitu: 1. JAVA for dummies 2. JAVA Programming for dummies. Nampaknya hari ni baru saya buka dan mula luangkan 1 jam sehari membaca buku2 yang telah sekian lama dibeli. Memang masa saya beli buku tu saya sendiri tidak begitu serius selain hanya untuk ambil tahu dan ikuti perkembangan IT. Demi projek yang mahu dijayakan ini, terpaksa saya masukkan satu lagi projek dalam senarai wawasan jangka panjang saya yang memang dah berjela-jela. Namun begitu kita mesti optimis. Lebih2 lagi projek kali ini ialah projek bersama berbanding dengan projek2 lain yang tidak bersangkutan dengan IT, yang mana saya kendalikannya seorang diri. If We Believe... We Will Achieve. Salam Silaturrahim, Dr. Tengku Asmadi T.Mohamad, Ph.D Pengarah Urusan / Perunding Motivasi MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. 172 A Jalan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak D.R, MALAYSIA ============================================ Untuk maklumat tentang motivasi diri, bijak belajar, kekeluargaan dan keibubapaan, forum dan diskusi maya, sila lawat www.laman-map.com -----Original Message----- From: jav...@li... [mailto:jav...@li...] Sent: Thursday, October 05, 2000 8:55 PM To: jav...@li... Subject: [Java2d-bincang] RealJ Importance: High Assalamualaikum, Haris baru saja download RealJ (dulunya Freejava) Ia adalah GUI untuk kita membuat source files dan compile dengan JDK. JDK kena ada dulu. http://www.freejava.co.uk/ Sahabat-sahabat semua sudah berada dalam senarai email perbincangan java2d. Hantarkan email kepada alamat jav...@li... Boleh juga lawat link ini. http://lists.sourceforge.net/mailman/listinfo/java2d-bincang Wassalam. : ) _______________________________________________ Java2d-bincang mailing list Jav...@li... http://lists.sourceforge.net/mailman/listinfo/java2d-bincang |